CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday 6 December 2008

CoNtoH NURSING intervention...

Intervensi Kejururawatan Sebelum Pembedahan

Masalah:-
Kebimbangan berkaitan dengan kecederaan .........................
Objektif :
Pesakit tidak merasa bimbang selepas penerangan di berikan.
Intervensi Kejururawatan
1.Menggalakan pesakit memberitahu kebimbangan beliau dengan mendengar setiap luahan pesakit dan memberikan kata-kata semangat.

2.Libatkan anggota keluarga pesakit bagi memberikan semangat kepada pesakit.

3.Memberikan penerangan mengenai kecederaan yang dialaminya.Tunjukan x-ray bahagian anggota yang terlibat bagi memberikan kefahaman kepada pesakit.

4.Terangkan perawatan yang sedang dan akan dilakukan bagi merawat beliau supaya pesakit memahami dan berasa tidak bimbang.

5. Memperkenalkan pesakit kepada pesakit lain yang mengalami kecederaan yang sama agar pesakit akan lebih bersemangat dan tidak berasa bimbang.

6. Beritahu pesakit bahawa aktiviti harian beliau semasa di wad akan dibantu oleh jururawat dan atendent kesihatan.

Penilaian semula
Pesakit merasa kurang bimbang dan dilihat lebih semangat untuk menghadapi rawatan yang akan diberikan kepada beliau
____________________________________________________________________

Masalah :-
Kebimbangan berkaitan dengan pembedahan yang akan dilakukan.

Objektif :
Pesakit kurang bimbang berkaitan dengan pembedahan kecemasan .......... yang akan dilakukan.

Intervensi Kejururawatan
1Nilaikan tahap kebimbangan pesakit terhadap pembedahan yang akan dilakukan dengan mendengar aduan dari pesakit.

2.Penerangan mengenai tujuan pembedahan bahagian yang terlibat dan cara-cara dilakukan.ini memberikan kefahaman kepada pesakit.

3. Beritahu pesakit bahawa pembedahan ini dilakukan oleh doktor yang berpengalaman.Ini dapat meningkatkan keyakinan kepada pesakit.

4. Beritahu pesakit bahawa pembedahan dilakukan dengan pembiusan spinal dan pesakit tidak akan merasa kesakitan semasa pembedahan.

5. Beritahu pesakit bahawa pembedahan dilakukan dengan pembiusan spinal dan pesakit
tidak akan merasa kesakitan semasa pembedahan.

6. Terangkan kepada pesakit komplikasi jika tidak melakukan pembedahan.Pesakit akan lebih memahami tujuan ianya dilakukan.

7. Libatkan anggota keluarga pesakit untuk memberikan semangat kepada pesakit.

Penilaian semula
Pesakit kelihatan tenang dan bersetuju untuk menjalani pembedahan kecemasan ...................

0 comments: