CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday 6 December 2008

Compartment Syndrome

Definisi:
Peningkatan tekanan di dalam bahagian otot yang dilindungi oleh fasia di sebabkan perfusi darah berlaku.Peningkatan ini akan menekan salur darah dan saraf pada bahagian terlibat dan menjejaskan pengaliran darah pada bahagian distal anggota yang telibat(Fredrick (2005).

Acute Compartment Syndrome
1.Boleh berlaku di dalam jangka masa yang singkat
2.Tanda-tandanya dapat dilihat dalam 30 minit selepas kurangnya pengaliran darah berlaku
(Ann B.Maher(1994)).
3.Memerlukan intervensi surgical dengan segera bagi mengurangkan tekanan dan mengelakkan komplikasi lain dari terjadi (Mubarak&Caral(1979)

Tanda-Tanda Compartment Syndrome
1. Paraesthesia - Merupakan tanda awal akibat tekanan pada saraf. Pesakit tidak akan merasai anggota bahagian bawah yang terlibat.
2. Kesakitan - Kesakitan bertambah apabila bahagian distal digerakkan dan tidak dapat dihilangkan dengan pemberian analgesik.
3. Pucat - Tanda lewat,bahagian distal akan kelihatan pucat dan sejuk.Pengumpulan darah di dalam kapilari melebihi 3 saat
4. Kelumpuhan - Kelemahan untuk menggerakan anggota yang terlibat iaitu bahagian distal.Tekanan pada saraf.
5. Pulselesness - Nadi dirasai lemah atau tidak dapat dirasai pada bahagian distal.
6. Kebengkakan pada bahagian kepatahan

5P - Paraesthesia
- Pain
- Pallor
- Paralysis
- Pulselesness (Ann B. Maher(1994)

Penyebab Compartment Syndrome
1.Tekanan Luaran
- bandage atau POP yang terlampau ketat
- Kecacatan pada penutupan fasial
- Penggunaan Anti Shock Garment
- Posisi Surgical
2.Tekanan Bahagian Dalaman
- Trauma
- Terbakar
- Sekatan salur darah
- Pembaikan salur darah

Rawatan Compartment Syndrome
-Tujuan perawatan adalah untuk mengurangkan tekanan yang berada di dalam otot.
Penyebab luaran
lakukan bivalve cast atau longgarkan bandage.
Penyebab Dalaman
Tinggikan anggota terlibat melebihi paras jantung. Jika berterusan insisi fasiotomy perlu dilakukan.

0 comments: